Judul: Perbuatan Hamba Menurut Akidah Salaf
Judul Asal (B. Arab): Khalq Afʿāl al-ʿIbād wa al-Radd ʿalā al-Jahmiyyah wa Aṣḥāb al-Taʿṭīl
Penulis: Imām Muḥammad bin Ismāʿīl al-Bukhārī rahimahullah (w: 256H)
Ditahkik oleh: Dr. Fahd bin Sulaymān al-Fuhayd
Penerbit: Karya PiS Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 590 m/s (Soft Cover)
ISBN: 978-967-2910-69-5
- Kajian Berautoriti Tinggi: Terjemahan ini bersandarkan naskhah bahasa Arab yang telah disemak (ditahkik) dengan sangat teliti oleh Dr. Fahd bin Sulayman al-Fuhayd, yang asalnya merupakan kajian tesis kedoktoran (PhD) beliau di Universiti Islam Imam Muhammad bin Sa’ud, Riyadh.
- Kandungan Lengkap Dua Bahagian: Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian yang komprehensif. Bahagian pertama memuatkan Kajian (Dirasah) yang merangkumi biografi lengkap Imam al-Bukhari, pengembaraan ilmunya, serta sejarah fitnah pengusiran yang menimpanya. Bahagian kedua pula menyajikan teks terjemahan penuh kitab Khalq Af’al al-‘Ibad berserta himpunan hadis dan athar.
- Takhrij yang Diringkaskan: Walaupun padat dengan perbahasan ilmiah, penterjemahnya iaitu Ust Abdullah Izzat Tengku Sidek telah meringkaskan takhrij hadis yang asalnya panjang dan terlalu teknikal agar intipatinya lebih mudah difahami serta dihadam oleh pembaca umum, tanpa menjejaskan nilai akademik teks asal.














